ULU SEPRI
Detik itu sungguh keramat
Seakan tidak percaya
Akhirnya,walau jauh mana ku berlari
Bagaimana jauh ku menyembunyikan diri
Ia tetap muncul
Kursus?????
Arghhh!!!!!!
Ku langkahkan kaki
Untuk menyahut seruan itu
Dengan hati yang semu
Dan mimik yang lesu
Pendaftaran bermula
Tercampaklah aku
Bersama satu kumpulan
Yang entah siapa-siapa
Dengan tambahan ahli
Yang konon-kononnya fasilitator
Tengok muka pun tak pernah
Apatah lagi mengenali mereka
Ah, bosan...
Hari pertama kulalui
Bosan,mengantuk,menyampah lagi ketat mukaku
Namun, ku gagahi jua
Sedikit demi sedikit
Terbukalah tempurungku
Yang selama ini membutakan hati
Maka cahaya itu menyilaukan mata
Anehnya,aku suka....
Dari telur bertukar kasut
Dari "handbag" bertukar "backpack"
Berkurangnya wira angkara tebuan
Wirawati menjadi tambah bertenaga
Demi bendera panji maruah
Yang telah mati hidup semula
Pelbagai rintangan ku lalui
Aku mula mengenal erti sahabat
Bersama merempuh medan jerangkap samar
Adakalanya tercipta insiden
Yang tak ingin dilihat
Bersendirian di rimba kelam
Menguji minda tahyul
Berperang mempertahankan hak
Melahirkan semangat meluap
Ada masanya sedih
Ada masanya geram dan marah
Ada masanya terlalu gembira
Dan akhirnya
Aku mula sedar
KBN Khas ini
Memupuk kasihku pada negara
Menyemai benih kekeluargaan..
Menyemarakkan api patriotisme
Demi memartabatkan bangsa
Dan tanah air tercinta
Cinta kami bermula di sini
Dan tak mungkin berakhir di sini
Kita berkumpul dengan satu nama
Insya Allah
Bersatu selamanya..
Demi Alif Ba Ta,
Agama Bangsa dan Tanah Air
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

penyatu KAIZEN...
BalasPadaminsyaAllah....